Perkongsian Maklumat Mengenai Covid-19
16 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan mereka yang telah menghadiri “ijtimak tabligh” di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur dari 27 Feb hingga 1 Mac 2020 untuk segera menghubungi pejabat kesihatan daerah bagi membendung penularan jangkitan COVID-19.
Sila hubungi CPRC hotline : 03-88810200, 03-88810600 atau Pejabat Kesihatan Daerah
Jika anda mengalami tanda- tanda seperti berikut :
• Demam
• Batuk
• Sesak Nafas
Sila dapatkan bantuan perubatan dengan kadar yang segera. Anda juga boleh hubungi CPRC Kebangsaan/Negeri/Alam Maya untuk rujukan selanjutnya
Berikut adalah langkah – langkah penjagaan kebersihan yang boleh diamalkan untuk mencegah penularan jangkitan Covid-19
• Basuh tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer
• Memakai penutup mulut dan hidung (mask) bila anda perlu keluar rumah
• Jarakkan diri (satu meter) sekiranya bergejala dan nampak orang lain bergejala
• Elakkan bersentuhan atau bersalaman dengan orang lain
Mohon semua untuk memberikan kerjasama. Kita mampu mencegah penularan jangkitan COVID-19
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: